Sunday, February 16, 2014

sepi...merajuk..tapi x putus ase lagi

Assalamualaikum...
Lama betul x update hehehe...
1. Tak dan nak membelek2 pokok selalu sbb sarat mengandung sampailah melahirkan pd bulan september.. berkesempatan lagi dalam menunggu hari pulang ke kg berhari raya...
Bertiga ke berempat? :)

Tp pulang ke rumah selepas lama 2 minggu bercuti amat melemahkan semangat saya berkebun.. :(... boleh kate semua pokok bunga dan sayur die serang ulat bulu dan siput babi... dah x terkawal... plg sedih pokok timun jepun 100% x dapat diselamatkan.... memandangkan saya pn dah x larat nak mengangkat pasu pasu... saya cume bersihkan sume daun daun mati sahaja... letakkan garam untuk matikan siput siput babi tu... terbiarlah kebun selepas tu :p

Alhamdulillah 23 sept selamat melahirkan  puteri kedua yang comel sgt2.

                                               Ariana Nur Dhuha Ahmad Fairuz

Baby masuk 3 bulan baru saya balik ke rumah sendiri selepas berpantang dan bertapa rumah mama di bangi hehehe... seronoknya x bekerja ialah saya boleh duduk di rumah mama ikut suka lama mana nak duduk. Syokkkk sangat.

Saya memang x boleh nak duduk je dalam rumah ni... rimas dan x tenang..
Maka bermulalah kembali sesi... jelajah ke nursery2 untuk beli pasu dan tanah. Sesi google biji benih online... sesi semai menyemai!

No comments:

Post a Comment