Thursday, February 20, 2014

si sepit


Hari ni dapat hadiah dari emak and ayah (pengasuh anak sy yg sulung) sepasang udang.. udang ape x tau nak sebut hehehe.. pengasuh Anak saya ni memang rajin pi menjala Kat empangan macap.. macam macam spesies ikan yg berjaya diorang jala... kalau ikan ikan tu masih hidup akan diletakkan dalam kolam atau aquarium.. dah yg dah tak dapat nak selamatkan tu letak dalam periuk la... masak lomak sedap oiiiiii....

sepasang udang (  ye ke sepasang hihihi... kalau akan dtg Ade Anak udang... yelah tu sepasang :p)
2 ekor puyu Dan seekor ikan belida akan jadi penghuni baru kolam saya.

Sunday, February 16, 2014

sepi...merajuk..tapi x putus ase lagi

Assalamualaikum...
Lama betul x update hehehe...
1. Tak dan nak membelek2 pokok selalu sbb sarat mengandung sampailah melahirkan pd bulan september.. berkesempatan lagi dalam menunggu hari pulang ke kg berhari raya...
Bertiga ke berempat? :)

Tp pulang ke rumah selepas lama 2 minggu bercuti amat melemahkan semangat saya berkebun.. :(... boleh kate semua pokok bunga dan sayur die serang ulat bulu dan siput babi... dah x terkawal... plg sedih pokok timun jepun 100% x dapat diselamatkan.... memandangkan saya pn dah x larat nak mengangkat pasu pasu... saya cume bersihkan sume daun daun mati sahaja... letakkan garam untuk matikan siput siput babi tu... terbiarlah kebun selepas tu :p

Alhamdulillah 23 sept selamat melahirkan  puteri kedua yang comel sgt2.

                                               Ariana Nur Dhuha Ahmad Fairuz

Baby masuk 3 bulan baru saya balik ke rumah sendiri selepas berpantang dan bertapa rumah mama di bangi hehehe... seronoknya x bekerja ialah saya boleh duduk di rumah mama ikut suka lama mana nak duduk. Syokkkk sangat.

Saya memang x boleh nak duduk je dalam rumah ni... rimas dan x tenang..
Maka bermulalah kembali sesi... jelajah ke nursery2 untuk beli pasu dan tanah. Sesi google biji benih online... sesi semai menyemai!