Thursday, February 20, 2014

si sepit


Hari ni dapat hadiah dari emak and ayah (pengasuh anak sy yg sulung) sepasang udang.. udang ape x tau nak sebut hehehe.. pengasuh Anak saya ni memang rajin pi menjala Kat empangan macap.. macam macam spesies ikan yg berjaya diorang jala... kalau ikan ikan tu masih hidup akan diletakkan dalam kolam atau aquarium.. dah yg dah tak dapat nak selamatkan tu letak dalam periuk la... masak lomak sedap oiiiiii....

sepasang udang (  ye ke sepasang hihihi... kalau akan dtg Ade Anak udang... yelah tu sepasang :p)
2 ekor puyu Dan seekor ikan belida akan jadi penghuni baru kolam saya.

Sunday, February 16, 2014

sepi...merajuk..tapi x putus ase lagi

Assalamualaikum...
Lama betul x update hehehe...
1. Tak dan nak membelek2 pokok selalu sbb sarat mengandung sampailah melahirkan pd bulan september.. berkesempatan lagi dalam menunggu hari pulang ke kg berhari raya...
Bertiga ke berempat? :)

Tp pulang ke rumah selepas lama 2 minggu bercuti amat melemahkan semangat saya berkebun.. :(... boleh kate semua pokok bunga dan sayur die serang ulat bulu dan siput babi... dah x terkawal... plg sedih pokok timun jepun 100% x dapat diselamatkan.... memandangkan saya pn dah x larat nak mengangkat pasu pasu... saya cume bersihkan sume daun daun mati sahaja... letakkan garam untuk matikan siput siput babi tu... terbiarlah kebun selepas tu :p

Alhamdulillah 23 sept selamat melahirkan  puteri kedua yang comel sgt2.

                                               Ariana Nur Dhuha Ahmad Fairuz

Baby masuk 3 bulan baru saya balik ke rumah sendiri selepas berpantang dan bertapa rumah mama di bangi hehehe... seronoknya x bekerja ialah saya boleh duduk di rumah mama ikut suka lama mana nak duduk. Syokkkk sangat.

Saya memang x boleh nak duduk je dalam rumah ni... rimas dan x tenang..
Maka bermulalah kembali sesi... jelajah ke nursery2 untuk beli pasu dan tanah. Sesi google biji benih online... sesi semai menyemai!

Tuesday, May 21, 2013

Ketumbar Jawa

 
 
 

Alhamdulillah sihat dah gemok ketumbar jawa saya... sebenarnye ni saya kumpulkan kalau tak ia tumbuh merata rata dalam pasu pokok lain.

 Sedikit sebanyak info ketumbar jawa
 
Ketumbar jawa
Nama Botani: Eryngium foetidum L.




   

Ketumbar jawa (bahasa melayu) atau tumbar mungsi(bahasa Indonesia)atau fit weed,long coriander(bahasa Inggeris) merupakan tumbuhan herba yang mempunyai akar tunjang, berbau kuat, terutamanya sekiranya daun dicederakan. Daun ketumbar jawa ini mempunyai daun dalam susunan roset. daun ketumbar jawa ini boleh dikategorikan sebagai ringkas,berbentuk memanjang seperti tetombak songsang dengan ukuran sehingga 30cm panjang, 4cm lebar dengan tepi daun bergerigi dan berwarna hijau muda berkilau. Jambak bunganya pula mempunyai braktea 30 sehingga 40cm panjang. Bunganya bersaiz kecil.


Ketumbar jawa ini berasal dari Amerika Tropika dan Hindi Barat. Namun kini, tumbuhan herba ini boleh didapati di negara tropika seluruh dunia. Pokok ketumbar jawa ini boleh ditanam secara penanaman bij atau memisahkan anak pokok daripada pokok induknya. Pokok ini juga turut boleh dijadikan tumbuhan hiasan. Tambahan lagi,pokok ini kurang menghadapi masalah penyakit atau perosak.

Khasiat Ubatan

1. Daun

Air rebusan daun ketumbar jawa ini diminum untuk merawat demam, diabetes,demam panas,perut kembung, radang paru-paru, selsema dan boleh melawaskan pembuangan air besar.


Selain itu,air rebusan ini juga boleh dijadikan air mandian untuk merawat demam panas, selsema,serta radang paru-paru.


Cecair daun diperah dan sisa daun ditelan untuk dijadikan pembuka selera.
Daun ketumbar jawa yang segar ini juga boleh dibuat ubat pupuk untuk merawat bisul, kudis dan luka.

2. Akar

Dapat merawat batuk,demam,demam malaria,demam panas,radang paru-paru, selsema, sembelit, melawaskan pembuangan air kecil, meragsang peluh dan menghentikan pendarahan rahim dengan cara meminum air rebusan daripada akar tersebut.

3. Daun dan Akar

Air rebusan diminum untuk merawat demam kuning, demam panas, penyakit seriawan usus, sakit ular-ularan,tekanan darah tinggi,merangsang haid,merangsang peluh, penawar racun, terlampau banyak jus hempedu dan sebagai afrodisiak.

4. Khasiat pemakanan

Daun ketumbar jawa ini boleh dijadikan perisa dalam makanan, sup, sayur atau ulam. Daunnya yang muda turut boleh dimakan mentah-mentah sebagai salad atau ulam dan dimasak seperti sayur yang lain.
Daun muda mempunyai rasa dan bau yang kurang kuat berbanding dengan daun tua. Baunya seperti daun ketumbar tetapi daun yang tua itu berbau lebih kuat seakan pepijat.
Ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa daun ketumbar jawa ini boleh dibuat perisa atau sayur.


 
Ketumbar jawa ni mudah sangat nak hidup...dekat rumah mama saya di bangi.. bersepah2 pokoknya sekeliling rumah.
 
 
Kami mmg kerap mengunakan dalam masakan hari hari... sangat sedap sebagai penambah rasa dalam sup, kerabu manga muda pun boleh ditambah hirisan ketumbar jawa.

 
anak anak ketumbar jawa yang saya ambil dr bungganya.
 
Sebelum gunting anak pokok hari tu terlupe pula nak snap gambar macam mana rupanya ketumbar jawa ni membiak dr bunga. InsyaAllah balik bangi nanti harap2 ada bungga ketumbar jawa mama saya yg dah beranak2. Saya akan masukkan dalam entry seterusnya.
 
Berangan-ranggan nak buat entry koleksi herba yang ada di kebun laman depan saya...InsyaAllah.
 

Balik kampung oooo balik kampung

Assalam & haiiiii

Mood happy sambil packing packing... nak pulang ke tempat asal heheheh dan balik kg hubby!!

My lil sister kawen 24hb ni... adik bongsu...dr tahun 2011 setiap tahun mama saya dapat menantu baru..

Saya sangat rindukan suasana riuh rendah.. makan berebut rebut hihihi almaklumlah adik beradik 9 orang tau! dan ni majlis kawen adik yg last. saya ialah anak ke 7.  anak anak sedara pulak dah... ermmm kire jap.. ramai sangat hahahahah 31 orang x termasuk Delisha huhuhuhuh.

 
Penaga... Pulau pinang... Saya sangat merindukan pemandangan indah ni.... kali terakhir kami balik raya haji thn lepas.. lamanya ....
 
 
 
Pandangan indah dari kedai mee udang pulau sayak.
 
Tapi.... nak tinggalkan kebun nan indah di depan umah ni... 2 minggu tu.... :(( mengharapkan ihsan jiran la untuk siramkan pokok pokok... dahlah cuace di simpang renggam panas lah sangat sangat.
 

Ikan guppyku beranak.!

Assalam....

Cer tgk gambar ni... ni kul 7.30 pg tau... die dah muleeee
Kononnyer nak babai ayah pg kerja... ibu sibuk menjenguk pokok pokok... sebelah kaki dah masuk dlm kolam... ish ish ish anak dareku....

Lepas bersihkan kolam ritu... pump air pancut tu boleh rosak pulak... so takdelah air mengalir turun dr kolam kecil... 

Petang semalam lepas ayah balik dr kerja terus ajak die pegi kedai ikan hiasan.... nak beli guppy lah letak dalam kolam kecil. Kalau x kompem ibu jd penternak jentik2 memandangkan xde lg air mengalir... boleh rosak pulak pump tu... 

Niat hati nak beli guppy jer... tp biaselah.. dah byk2 ditayang kat kedai ikan tu... banyak jugaklah yg di beli... 

Al kisah mase lepaskan guppy perasan 2 ekor yg perutnyer terboyot2.. huh.. mengandung nih... ( dah mcm mak bidan lak) hehehe....

Pg ni... cer tgk...haaaaa dah beranak.!!
Ibu dah ade cucu lah delisha... cucu segera nih.

 Nampak tak anak2 kecil yg berenang2 tu... guppy ni mmg jenis yg sangat mudahembiak.. kat rumah mama ibu... merate2 mama ibu letakkan ikan guppy..supaya tempat yg bertakung air.. mcm kolam2 pokok teratai tak membiaka jentik jentik.

Itulah die ikan yg beranak... yg kuning dan gemok tu hahahaha...

Yg ni pulak pencapaian budak baju kuning pipi tembam rambut toncet.... bederau darah ibu sayang oiiii... awak tu pompuan cubelah gurly skettt..


Monday, May 20, 2013

Cekur


Pokok- pokok cekur yg ada kat laman depan rumah.. 3 pasu semuanye.. alhamdulillah sejak dr mengandungkan delisha kite setahun setengah jugaklah... pokok- pokok cekur ni terus subur. Suke sgt ambik pucuk yg paling mude berbentuk trompet buat ulam. Memang tambah selera makan... hehehehe. Isi atau ubi cekur cume makan mase dlm pantang... tu pn gagahkan ajer... bau dan rasenyer agak kuat...

Antara khasiat cekur dr bacaan di wikipedia:


Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn [1]dari keluarga "Zingiberaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat diMalaysia. Cekur adalah tumbuhan herbayang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.

Ciri-ciri botani


Lukisan Kaempferia galanga
Herba kecil tumbuh mencecah 10 cm, tumbuh merumpun. Isi rizom berwarna putih dan kulit berwarna coklat keperangan. Daun tunggal, lebar, tiada tangkai, berbentuk panjang memujur dengan hujung meruncing, pucuk muda berwarna hijau muda, daun tua berwarna hijau tua, permukaan berkilat, berbau wangi. Bunga tunggal, sederhana besar, keluar dari celah ketiak daun, mempunyai empat kelopak, berwarna putih keunguan.

Ulam

Rizom cekur yang dikupas kulit, ditumbuk bersama cili lalu dimakan bersama nasi. Pucuk muda cekur pula dimakan mentah atau dicelur dan kemudian dicecah dengan cecahan seperti sambal belacan, budu, cencalok ataupun pencecah yang lain. Pucuk yang dihiris halus boleh dimasukkan ke dalam masakan seperti nasi kerabunasi ulam dan kerabu. Rasanya sedikit pedas dan rangup serta wangi apabila dimakan.

Khasiat

Rizom cekur mengandungi pati, air, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam.[perlu rujukan]
Ia popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan angin dan menguncupkan rahim. Terdapat juga mereka yang memakannya bagi mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam panas. Ia mempunyai bahan yang dapat bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Dengan mengamalkan memakannya, ia dapat mencegah sakit, sengal tulang, awet muda.



Tang awet mude tu yg best skali hehehe.
Sedang reseach ulaman ape lg yg boleh dimakan dalam tempoh berpantang. Mase pantang bersalin delisha cume makan sawi dan cekur. Dah nak abis pantang br nenek dtg dr kampung bgtau boleh makan kemangi....


Sunday, May 19, 2013

Ahad yang....

Ahad yg sibuk!

Dr pg mengerjakan kolam ikan yg x seberape kat depan... huh dengan perut yg terboyot2 ni mmg terbatas pergerakkan. Tp sebab mate ni sakit jer tgk air kolam dah bertukar hijau... gagahkan jugaklah... bile dah naik sheikh... huh.. beres.! Menanti hubby buat... hurmmm kemas nyer 1 sepahnyer 10 !



Petangnyer sempat ke layang-layang borong kerepek ubi pelbagai perisa... kerepek ubi ni nak dieksport ke bangi untuk dimasukkan ke dalam goodie bag majlis perkahwinan adik bongsu pd 25 mei ni.. penuh 1 kereta dgn 45kilo kerepek ubi.! Kerepek masih ade dlm kete sbb esk hubby nak minta tolong kawannya hantar ke bangi. Terlupe pulak nak ambil gambar kerepek.

Dek kepenatan seharian macam2 benda buat... mase siram pokok nampak kacang panjang bergayut-gayut (mcm lebat sgt jer.... padahal 3 4 batang jer huhuhuhu ) terus dapat idea.... dinner nasi goreng kampung jelah...
Yg dipetik petang ahad.... bolehlah... mencukupi untuk 2 org. :)

Makan malam ahad kami yg ringkas jer...