Tuesday, May 21, 2013

Ketumbar Jawa

 
 
 

Alhamdulillah sihat dah gemok ketumbar jawa saya... sebenarnye ni saya kumpulkan kalau tak ia tumbuh merata rata dalam pasu pokok lain.

 Sedikit sebanyak info ketumbar jawa
 
Ketumbar jawa
Nama Botani: Eryngium foetidum L.




   

Ketumbar jawa (bahasa melayu) atau tumbar mungsi(bahasa Indonesia)atau fit weed,long coriander(bahasa Inggeris) merupakan tumbuhan herba yang mempunyai akar tunjang, berbau kuat, terutamanya sekiranya daun dicederakan. Daun ketumbar jawa ini mempunyai daun dalam susunan roset. daun ketumbar jawa ini boleh dikategorikan sebagai ringkas,berbentuk memanjang seperti tetombak songsang dengan ukuran sehingga 30cm panjang, 4cm lebar dengan tepi daun bergerigi dan berwarna hijau muda berkilau. Jambak bunganya pula mempunyai braktea 30 sehingga 40cm panjang. Bunganya bersaiz kecil.


Ketumbar jawa ini berasal dari Amerika Tropika dan Hindi Barat. Namun kini, tumbuhan herba ini boleh didapati di negara tropika seluruh dunia. Pokok ketumbar jawa ini boleh ditanam secara penanaman bij atau memisahkan anak pokok daripada pokok induknya. Pokok ini juga turut boleh dijadikan tumbuhan hiasan. Tambahan lagi,pokok ini kurang menghadapi masalah penyakit atau perosak.

Khasiat Ubatan

1. Daun

Air rebusan daun ketumbar jawa ini diminum untuk merawat demam, diabetes,demam panas,perut kembung, radang paru-paru, selsema dan boleh melawaskan pembuangan air besar.


Selain itu,air rebusan ini juga boleh dijadikan air mandian untuk merawat demam panas, selsema,serta radang paru-paru.


Cecair daun diperah dan sisa daun ditelan untuk dijadikan pembuka selera.
Daun ketumbar jawa yang segar ini juga boleh dibuat ubat pupuk untuk merawat bisul, kudis dan luka.

2. Akar

Dapat merawat batuk,demam,demam malaria,demam panas,radang paru-paru, selsema, sembelit, melawaskan pembuangan air kecil, meragsang peluh dan menghentikan pendarahan rahim dengan cara meminum air rebusan daripada akar tersebut.

3. Daun dan Akar

Air rebusan diminum untuk merawat demam kuning, demam panas, penyakit seriawan usus, sakit ular-ularan,tekanan darah tinggi,merangsang haid,merangsang peluh, penawar racun, terlampau banyak jus hempedu dan sebagai afrodisiak.

4. Khasiat pemakanan

Daun ketumbar jawa ini boleh dijadikan perisa dalam makanan, sup, sayur atau ulam. Daunnya yang muda turut boleh dimakan mentah-mentah sebagai salad atau ulam dan dimasak seperti sayur yang lain.
Daun muda mempunyai rasa dan bau yang kurang kuat berbanding dengan daun tua. Baunya seperti daun ketumbar tetapi daun yang tua itu berbau lebih kuat seakan pepijat.
Ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa daun ketumbar jawa ini boleh dibuat perisa atau sayur.


 
Ketumbar jawa ni mudah sangat nak hidup...dekat rumah mama saya di bangi.. bersepah2 pokoknya sekeliling rumah.
 
 
Kami mmg kerap mengunakan dalam masakan hari hari... sangat sedap sebagai penambah rasa dalam sup, kerabu manga muda pun boleh ditambah hirisan ketumbar jawa.

 
anak anak ketumbar jawa yang saya ambil dr bungganya.
 
Sebelum gunting anak pokok hari tu terlupe pula nak snap gambar macam mana rupanya ketumbar jawa ni membiak dr bunga. InsyaAllah balik bangi nanti harap2 ada bungga ketumbar jawa mama saya yg dah beranak2. Saya akan masukkan dalam entry seterusnya.
 
Berangan-ranggan nak buat entry koleksi herba yang ada di kebun laman depan saya...InsyaAllah.
 

7 comments:

  1. Assalam. Keaadan tanah bagaimana sesuai bg menanam ketumbar jawa ni. 2 x saya Cuba menanamnya melalui anak pokok yg diberi oleh rakan dari Kelantan(lost contact) dan beli semasa pameran MAHA. Dan di kawasan Selangor ni area mana boleh dapat benihnya. Tksh puan.

    ReplyDelete
  2. Akak nak minta benihnya boleh. Tlg wassup 0193708529

    ReplyDelete
  3. Akak minta benih boleh. Tolong wassup 0193708529

    ReplyDelete
  4. Saya mau beli pokok ketumbar jawa atu benih nya. Kalo ada tolong whats up a k u di 01111206152. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Sis, nak beli benih pokok. Whatsapp saya 0125161739

    ReplyDelete